Followers

Monday, 8 July 2013

Maklumat Lengkap Kursus Bahasa Inggeris

Assalamualaikum.....

Maklumat kursus mengenai kursus bahasa inggeris yang di jalankan di Kolej Yayasan Felda Kampus Kelana Jaya di nyatakan seperti di bawah:-


Surat Lampiram ( 1 )

MAKLUMAT KURSUS INTENSIF BAHASA INGGERIS

Kemudahan dan persediaan semasa menghadiri kursus adalah seperti berikut :

1. Yuran Pendaftaran
Pelajar dikehendaki mendepositkan yuran pendaftaran berjumlah RM260.00 ke dalam akaun
Yayasan Felda514217500031 (Maybank) dan membawa slip bank tersebut sewaktu pendaftaran. Pastikan nama penuh pelajar ditulis diatas slip bank tersebut.

2. Keperluan Semasa Pendaftaran
i. Surat tawaran kursus
ii. Slip bank – untuk pengesahan bayaran yuran pendaftaran
iii. 6 keping gambar berukuran passport
iv. Salinan sijil SPM / percubaan SPM
v. Salinan Kad pengenalan

3. Penginapan / Pembelajaran / Makanan / Minuman
Kemudahan penginapan, pembelajaran, makanan dan minuman termasuk bahan bacaan akan disediakan oleh Yayasan Felda secara percuma.

4. Perbelanjaan PerjalananSegala kos perbelanjaan perjalanan pergi dan balik adalah di atas tanggungan pelajar sendiri.

5.Wang Saku 
Pelajar hendaklah membawa wang saku secukupnya semasa tempoh kursus tersebut.

6.Pakaian / Penampilan Diri 

6.1 Pakaian semasa pendaftaran
i. Berpakaian kemas serta menutup aurat.

ii. Pelajar lelaki hendaklah berambut pendek dan kemas.

6.2 Pakaian semasa kuliah
i. Pelajar Lelaki
Baju kemeja putih berlengan panjang, tali leher berwarna gelap, seluar slack hitam dan kasut serta stokin berwarna hitam.

ii. Pelajar Perempuan
Blaus warna putih dengan kain hitam, tudung warna putih dan kasut serta stokin berwarna hitam. (Tidak dibenarkan memakai selendang)


6.3 Pakaian sukan dan latihan amali
i. Pelajar Lelaki
T-shirt putih, seluar trek warna gelap dan kasut sukan.

ii. Pelajar Perempuan
T-Shirt putih (lengan panjang), tudung putih, seluar trek warna gelap dan kasut sukan.

6.4 Pakaian harian
i. Pelajar Lelaki
Seluar slack, baju berkolar dan menutup aurat.

ii. Pelajar Perempuan
Baju kurung, T-Shirt lengan panjang dan menutup aurat.

7. Keperluan peribadi

7.1 Membawa kelengkapan belajar seperti pen, pensil, buku catatan dan
sebagainya.

7.2 Membawa sendiri peralatan kebersihan diri (ubat gigi, sabun mandi,
sabun basuh, tuala, baldi, pakaian sembahyang, cadar, selimut, bantal, padlock almari dan lain-lain.)

Lain-lain

Pelajar tidak digalakkan membawa barang kemas, telefon bimbit serta lain-lain barangan berharga. Pihak Yayasan Felda tidak akan bertanggungjawab di atas keselamatan dan kehilangan barangan tersebut.

 Untuk Download Surat Lampiran ( 1 ) klik DISINI




Di bawah ini adalah arah jalan ke kolej Yayasan Felda Kampu Kelana Jaya.

Surat Lampiran ( 2 )

Untuk Download  Surat Lampiran ( 2 ) klik DISINI

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.