Followers

Maklumat Kursus (BI)

Assalamualaikum.....

Maklumat kursus mengenai kursus bahasa inggeris yang di jalankan di Kolej Yayasan Felda Kampus Kelana Jaya di nyatakan seperti di bawah:-


Surat Lampiram ( 1 )

MAKLUMAT KURSUS INTENSIF BAHASA INGGERIS

Kemudahan dan persediaan semasa menghadiri kursus adalah seperti berikut :

1. BAYARAN KURSUS
A) Bayaran kursus adalah sebanyak RM260 yang merangkumi :-
     i) Yuran Pendaftaran Kursus RM250
    ii) Kad Matrik RM10

B)  Bayaran RM260 hendaklah di depositkan melalui Maybank ke dalam akaun 
     Yayasan Felda – MBB 514217500031. Slip bayaran hendaklah dibawa semasa hari          
     pendaftaran. Pastikan nama penuh beserta no IC pelajar ditulis diatas slip bank tersebut.

ATAU

C) Pembayaran juga boleh dibuat dengan menggunakan cek, Money Order, Postal Order dan Bank      Draft. Pembayaran hendaklah dibayar atas nama YAYASAN FELDA. Slip tersebut hendaklah          dibawa semasa pendaftaran.


MAKLUMAN
Sebarang pembayaran yuran dalam bentuk tunai tidak akan diterima pada hari pendaftaran. Pada calon yang tidak membuat pembayaran yuran dalam bentuk akaun bank Maybank, cek, Money Order, Postal Order dan Bank Draft perlu melakukan pembayaran di Bank/Pejabat pos yang berhampiran terlebih dahulu sebelum dibenarkan mendaftar.


2. SURAT TAWARAN & GAMBAR
Pelajar yang mendaftar perlu membawa bersama-sama surat tawaran dan 8 keping gambar berukuran passport.

3. Penginapan / Pembelajaran / Makanan / Minuman
Kemudahan penginapan, pembelajaran, makanan dan minuman termasuk bahan bacaan akan disediakan oleh Yayasan Felda secara percuma.

4. Perbelanjaan Perjalanan
Segala kos perbelanjaan perjalanan pergi dan balik adalah di atas tanggungan pelajar sendiri.

5.Wang Saku 
Pelajar hendaklah membawa wang saku secukupnya semasa tempoh kursus tersebut.

6.Pakaian / Penampilan Diri 

6.1 Pakaian semasa pendaftaran
i. Berpakaian kemas serta menutup aurat.

ii. Pelajar lelaki hendaklah berambut pendek dan kemas.

6.2 Pakaian semasa kuliah
i. Pelajar Lelaki
Baju kemeja putih berlengan panjang, tali leher berwarna gelap, seluar slack hitam dan kasut serta stokin berwarna hitam.

ii. Pelajar Perempuan
Blaus warna putih dengan kain hitam, tudung warna putih dan kasut serta stokin berwarna hitam. (Tidak dibenarkan memakai selendang)


6.3 Pakaian sukan dan latihan amali
i. Pelajar Lelaki
T-shirt putih, seluar trek warna gelap dan kasut sukan.
ii. Pelajar Perempuan
T-Shirt putih (lengan panjang), tudung putih, seluar trek warna gelap dan kasut sukan.

6.4 Pakaian harian
i. Pelajar Lelaki
Seluar slack, baju berkolar dan menutup aurat.

ii. Pelajar Perempuan
Baju kurung, T-Shirt lengan panjang dan menutup aurat.

7. Keperluan peribadi

7.1 Membawa kelengkapan belajar seperti pen, pensil, buku catatan dan
sebagainya.

7.2 Membawa sendiri peralatan kebersihan diri (ubat gigi, sabun mandi,
sabun basuh, tuala, baldi, pakaian sembahyang, cadar, selimut, bantal, padlock almari dan lain-lain.)

7.3 Cadar, selimut, bantal dan sarung bantal hendaklah dibawa sendiri.

8.Lain-lain
Pelajar tidak digalakkan membawa barang kemas, telefon bimbit serta lain-lain barangan berharga. Pihak Yayasan Felda tidak akan bertanggungjawab di atas keselamatan dan kehilangan barangan tersebut.



Di bawah ini adalah arah jalan ke kolej Yayasan Felda Kampu Kelana Jaya.

Surat Lampiran ( 2 )

Untuk Download  Surat Lampiran ( 2 ) klik DISINI

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.