YFELC Kelana Jaya akan menawarkan kursus Intensif Bahasa Inggeris untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar-pelajar lepasan Matrikulasi/STPM/Diploma sebagai persiapan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. YFELC telah mengadakan usahasama dengan City & Guilds, UK untuk menambahkan kualiti modul pembelajaran dan pemberian sijil yang diiktiraf hingga ke peringkat antarabangsa.
Pihak YFELC berbesar hati untuk menawarkan kursus Intensif Bahasa Inggeris kepada sesiapa yang berminat pada awal Mei 2013. Tawaran ini terbuka kepada warga FELDA sahaja (anak peneroka, cucu peneroka, anak kakitangan Felda).
Maklumat mengenai kursus tersebut adalah seperti berikut:-
Tempoh
|
:
|
15 Julai - 23 ogos 2013 (6 minggu)
|
Tempat
|
:
|
Yayasan Felda English Language Centre (YFELC)
No. 4, Jalan Perbandaran SS6 Kelana Jaya
47310 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan.
|
Yuran pendaftaran
|
:
|
RM 250.00
|
Pihak Yayasan Felda akan menyediakan makan dan minum (3 kali sehari) serta penginapan secara percuma. Pemohon yang berminat perlu melengkapkan borang permohonan yang boleh dimuat turun di laman web Rasmi Yayasan Felda dan dimajukan terus secara faks/pos ke YFELC sebelum 8 Julai 2013 (ISNIN).
Sebarang pertanyaan, sila hubungi 03-7804 6523 (YFELC) atau 03-2693 4224 (Bahagian Latihan & Penyelidikan, Ibu Pejabat Yayasan Felda, KL). Pendaftaran bagi Kursus Intensif Bahasa Inggeris adalah pada 3 Jun 2013 (Isnin).
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.