YAYASAN FELDA ENGLISH LANGUAGE CENTRE
KOLEJ YAYASAN FELDA KAMPUS KELANA JAYA
LATAR BELAKANG
1. PENUBUHAN FELDA ENGLISH LANGUAGE CENTRE (FELC)
FELC telah ditubuhkan pada bulan Januari, 2003 dan dirasmikan oleh Pengerusi Felda, Y.Bhg.Tan Sri Dr.Mohd.Yusof Noor pada 19hb Februari, 2003. FELC menjalankan Kursus Intensif Bahasa Inggeris selama 14 minggu untuk pelajar-pelajar lepasan SPM yang terdiri daripada anak-anak peneroka, anak-anak pegawai Felda, pelajar-pelajar Sekolah Angkat Felda serta pelajar lain yang berminat dari seluruh Malaysia.
Pada hari Selasa, 31hb Januari 2012, FELC mengorak langkah maju ke tahap yang lebih tinggi demi masa depan anak-anak Felda. YB Tan Sri Mohd Isa bin Dato’ Haji Abdul Samad telah melancarkan Yayasan Felda English Language Centre (YFELC). Majlis pelancaran ini diadakan sempena kolaborasi Yayasan Felda dengan City and Guilds, United Kingdom bagi meningkatkan mutu dan pembelajaran Bahasa Inggeris melalui strategi penambahbaikan program, pengisian pelajaran serta meningkatkan nilai tambah kepada sijil yang dikeluarkan.
Dengan sijil City & Guilds ini, pelajar lepasan YFELC ini dijangka mudah mendapat peluang kerjaya serta layak meneruskan pengajian di luar negara dengan mengguna sijil ini sebagai dokumen tambahan.
PENSYARAH-PENSYARAH
Pensyarah-pensyarah terdiri dari guru-guru tempatan dan luar negeri yang berkelayakan. YFELC juga menjadi tempat latihan bagi pelatih-pelatih Universiti yang ingin menjalankan latihan mengajar mereka. Sehingga kini, YFELC telah menerima seramai 9 orang pelatih.
Kursus yang ditawarkan adalah Kursus Intensif selama 3 bulan dan 5 minggu yang menggunakan silibus City & Guilds iaitu International English for Speakers of Other Languages (IESOL) dan International Spoken English for Speakers of Other Languages (ISESOL). Pelajar-pelajar menjalani Ujian Penempatan (Placement Test) untuk menempatkan mereka ke salah satu dari enam tahap yang sesuai samada Preliminary, Access, Achiever, Communicator, Expert atau Mastery.
Di akhir kursus, pelajar-pelajar akan menduduki peperiksaan IESOL yang menguji kemahiran mendengar, membaca dan menulis dan ISESOL yang menguji kemahiran bertutur.
Kursus Intensif Bahasa Inggeris selama 3 bulan atau 12 minggu ini diadakan dari bulan Disember – March (pengambilan pertama) dan seterusnya dari bulan March – Mei (pengambilan kedua). Kursus ini dihadiri oleh pelajar-pelajar yang telah mengambil Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan sedang menunggu keputusan peperiksaan tersebut.
2. 5 minggu
Kursus Intensif Bahasa Inggeris selama 5 minggu ini terbuka kepada pelajar-pelajar lepasan SPM, STPM, Matrikulasi serta Diploma yang sedang menunggu masa untuk melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi.
3. PERSADA
Kursus selama 5 minggu ini dibuka kepada ahli-ahli Persatuan Siswa-siswi Anak-anak Felda (PERSADA) yang sedang menuntut di universiti-universiti tempatan. Mereka mengikuti kursus ini semasa cuti semester dan meneruskan pelajaran mereka selepas tamat kursus.
AKTIVITI PELAJAR
HALATUJU PELAJAR LEPASAN YFELC
Selepas mengikuti Kursus Intensif Bahasa Inggeris selama 12 minggu, pelajar-pelajar YFELC akan melanjutkan pelajaran mereka. Ada yang menyambung ke Tingkatan Enam, ada juga ke Institusi Pengajian Tinggi seperti Kolej Matrikulasi, Kolej Yayasan MARA, Program Asasi dan kebanyakan mereka mendapat tempat di universiti tempatan. Tak kurang juga yang melanjutkan pelajaran mereka ke luar negara seperti di Kaherah, United Kingdom dsb.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.