Followers

Thursday, 6 June 2013

YAYASAN FELDA ENGLISH LANGUAGE CENTRE (YFELC)


YAYASAN FELDA ENGLISH LANGUAGE CENTRE (YFELC) KELANA JAYA, SELANGOR

Kursus Intensif Bahasa Inggeris selama tiga (3) bulan dijalankan oleh Kampus Yayasan Felda English Language Centre (KYFKJ) Kelana Jaya. Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris pelajar-pelajar lepasan SPM sebagai persiapan untuk melanjutkan pelajaran ke IPT atau mendapatkan pekerjaan. Kursus ini juga dijalankan untuk pengusaha ‘homestay’ Felda dan pemimpin masyarakat untuk memberi pendedahan Bahasa Inggeris juga. Bagi pelajar-pelajar tahun 4 dan 5 yang akan menghadapi peperiksaan UPSR pula diadakan program "English-on-Wheels" di sekolah - sekolah pilihan semasa Yayasan Felda mengadakan Program Khidmat Masyarakat di Felda dan di luar Felda.

Mulai tahun 2012 bagi menambah kualiti Kursus Bahasa Inggeris, Yayasan Felda mengadakan usahasama dengan “City & Guilds London” untuk memberi latihan dan pemberian sijil yang diiktiraf hingga di peringkat antarabangsa kepada peserta. “City & Guilds London” sememangnya telah mempunyai kepakaran di dalam bahasa dan telah mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa. Majlis perasmian Pusat Bahasa Inggeris Yayasan Felda (FELC) telah disempurnakan oleh YB Tan Sri Haji Mohd Isa Bin Dato’ Haji Abdul Samad pada 31 Januari 2012 di Dewan Gemilang, KYF, Kelana Jaya.

Usahasama ini dapat memperkasakan proses pembelajaran Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar pelajar yang terdiri daripada generasi baru Felda. Dengan menguasai Bahasa Inggeris, ia membolehkan pelajar dari kalangan anak – anak peneroka bersaing di peringkat global.

Pusat Bahasa Inggeris Yayasan Felda mempunyai 11 orang tenaga pengajar yang menggabungkan tenaga pengajar daripada Malaysia dan dari Negara – Negara lain seperti United Kingdom, Amerika Syarikat dan Kanada. Yayasan Felda adalah perintis bagi mengendalikan kursus Bahasa Inggeris dengan kerjasama “City & Guilds London” di Negara ini.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.